Meninggalkan Classic Editor Untuk Kebaikan

Meninggalkan Classic Editor Untuk Kebaikan

Sebelum ini saya amatlah bergantung kepada Classic Editor untuk editor utama di dalam WordPress. Sekarang saya rasa sudah masanya untuk berpindah kepada editor Gutenberg. Sebenarnya rasa hati sangat berat untuk berpindah kerana kebiasaan menggunakan Classic Editor terutama dalam mencipta posting baharu.

Buat masa sekarang sudah masanya mengucapkan selamat tinggal kepada dua plugin di atas dan memberi peluang kepada editor Gutenberg.

Nota: Bagi mereka yang masih ingin mengekalkan Classic Editor, cari dua plugin di atas. Classic Editor Addon akan memastikan anda memang 100% tidak akan terjerumus ke editor Gutenberg.

Baik dan Buruk Guttenberg

Editor Gutenberg sebelum ini sebenarnya banyak membawa kepada impak negetif pada masa awal ia diperkenalkan. Impak nagetif yang dimaksudkan ialah dari segi kecekapan dan kod yang dihasilkan untuk dipaparkan pada hujung-hadapan (front-end) yang mana agak tidak kemas berbanding menggunakan Classic Editor.

Untuk keluaran paling terkini nampaknya seperti tidak ada beza lagi kod hujung-hadapan yang dihasilkan. Rujuk imej di bawah ini.

Meninggalkan Classic Editor Untuk Kebaikan
Kod yang dihasilkan oleh Classic Editor
Meninggalkan Classic Editor Untuk Kebaikan
Kod yang dihasilkan oleh Gutenberg

Namun selepas beberapa keluaran (release) sejak tahun 2018, kebanyakan kelemahan dan pepijat telah banyak dapat ditambah baik. Walaupun ada beberapa isu dengan penggunaan memori (yang mana menggunakan RAM lebih sedikit dari Classic Editor – meninggkatkan masa untuk editor diload penuh terutama kepada komputer yang menggunakan RAM yang lebih kecil).

Untuk masa sekarang saya tidak ada masalah dengan penggunaan memori kerana peranti yang saya gunakan mempunyai memori yang mencukupi untuk menyelesaikan masalh tersebut. Dari segi integrasi dengan Theme dan juga plugin dilihat tidak juga mempunyai masalah (asalkan anda menggunakan versi terkini).

Terima Kelebihan Dalam Gutenberg

Secara jujur perlu diterima kebaikan dalam editor Gutenberg ialah dari segi visualnya yang jauh lebih baik dari editor Classic. Sebelum ini saya perlu mengaktifkan Divi builder untuk apa sahaja kandungan yang memerlukan lajur (column).

Dalam Gutenberg lajur bukan lagi masalah yang besar yang mana dengan editor yang sama saya boleh mencipta lajur dengan mudah tanpa memerlukan builder yang lain.

Selain dari lajur, ciri seret-dan-jatuhkan (drag-and-drop) juga amat memudahkan apabila menyusun perenggan, kedudukan baris foto dan sebagainya. Tidak lagi perlu buka code editor kemudian potong dan tampal (cut and paste) kedudukan suatu objek dalam post.

Ya, post ini diterbitkan dengan menggunakan Guttenberg.

Try Cuba Test

Di bawah ini ialah sesi mencuba objek yang boleh dimasukkan menggunakan editor Gutenberg.

CUBA-CUBA AJE NIE

Izzuddin Fauzi Hensem
Test aje nie bang.
<body>
<p>Testing aja nie</p>
</body>
JadualJadual
IsiIsi
Meninggalkan Classic Editor Untuk Kebaikan

Ini Lavender

Ada paham apa itu lavender, ia sejenis bunga yang harum semerbak.

Bonus Pengguna Gutenberg

Pengguna theme Astra khususnya (diclaim terbaik dengan theme Astra oleh pembangun plugin), terdapat bayak addon yang boleh di tambah dalam Gutenberg dengan plugin Gutenberg Blocks – Ultimate Addons for Gutenberg.

Meninggalkan Classic Editor Untuk Kebaikan

Cuba dengan gembira.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top