Plesk WordPress Hosting

Plesk WordPress Hosting

Seperti post sebelum ini saya ada mengulas tentang idea membina laman web pantas. Untuk hosting berkongsi saya sangat cenderung kepada penggunaan LiteSpeed untuk cPanel namun tidak lansung menyentuh tentang penggunaan Plesk. Onyx Plesk ialah salah satu jenis panel kawalan hosting seperti cPanel yang mana dikhabarkan lebih mesra WordPress.

Persepsi saya: Saya tidak terlalu positif kepada Plesk sebelum ini kerana ada beberapa pelanggan di Decoweb Technology sebelum ini menggunakannya dan mempunyai pelbagai masalah dan tidak kurang limitasinya. Jadi persepsi saya seperti yang saya katakan di atas. Kejadian tersebut terjadi setahun lepas namun ia menyebabkan saya agak alergic kepada Plesk.

Terima kasih kepada Vickson Tan dari Exabytes memperkenalkan saya dengan pakej Hosting WordPress mereka. Saya sekarang menggunakan Pelan Hosting WordPress dari mereka iaitu pakej WP Lite yang mana agak asas namun lebih kehadapan berbanding pakej WP Blogger. Kekurangan pelan ini berbanding yang lebih mahal ialah ianya dihostkan di dalam persekitaran berkongsi (lebih mesra sebagai Shared Hosting) dan tidak didatangkan dengan JetPack Personal Edition (ya saya tidak minat menggunakan JetPack). Turut dikatakan boleh menampung paparan halaman sehingga 20 ribu paparan sebulan.

Plesk WordPress Hosting
Pelan Hosting WordPress

Ujian Kelajuan

Saya memindahkan beta.my (VPS) ke izzuddinfauzi.my (Exabytes WordPress Hosting) dan hasilnya amat positif sekali. Dari segi kecekapan, saya masih mendapat kelajuan yang sama seperti menggunakan VPS sebelum ini. (Malangnya saya belum dapat melakukan stress test) – stress test telah dilakukan. Namun dengan berpandukan keputusan dari GTmetrix, PageSpeed Insights dan Pingdom maka hasilnya seperti di bawah ini.

Stress Test

Saya akhirnya melakukan stress test dengan memberikan tekanan traffic dan melihat kadar tindakbalas dari laman web. Di bawah ini ialah hasil dari stress test tersebut.

1,000 Pelawat / Minit

10,000 Pelawat / Minit

Hasil menunjukkan bahawa kelajuan yang dicapai adalah stabil dan tiada ralat yang berlaku.

Lagi Tentang Plesk dan WordPress

Menarik tentang Plesk ialah tentang bagaimana WordPress dapat diselenggara terus dari panel Plesk, mudah jika terdapat ralat yang mana anda boleh menghidupkan atau mematikan Plugin atau Theme WordPress. Selain dari itu, security hardening turut boleh dilakukan dengan mudah – semudah satu klik untuk semua hardening yang disarankan.

Selain dari itu – ia menggunakan NGINX yang mana lebih pantas dan juga mempunyai PHP versi terkini yang turut didatangkan dengan module-module wajib PHP yang diperlukan oleh WordPress.

Pada masa akan datang saya akan mencuba WordPress Optimized Hosting untuk tujuan eCommerce, adakah ia berkesan ataupun tidak.

Berkenaan perbandingan antara cPanel dan Plesk rasanya tidak perlu, mereka dari kumpulan syarikat yang sama di bawah WebPros (Oakley Capital) masing-masing ada ciri yang diperlukan.

Nota kaki: Pandangan ini tidak bias kepada Exabytes. Terima kasih. Sekian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top [ghostbirdwp-honeypot]