Perihal

Salam sejahtera, saya Izzuddin Fauzi. Saya berkerja sebagai pembangun / pereka web dan pemilik perniagaan yang sekarang tinggal di Shah Alam.

Saya telah membangunakan web sejak sekolah lagi lebih kurang tahun 2004 lagi. Ia membawa saya untuk mengambil jurusan Pengaturcaraan Komputer di sekolah vokasional (Sekolah Menengah Teknik Tg. Ampuan Afzan, Bentong, Pahang – Kelas 2008 – 2009) kemudian menyambung dalam Sains Komputer (multimedia) dibawah program Universiti Teknologi Mara (Kelas 2011) di Kolej Shahputra Kuantan Pahang. Semasa zaman kolej saya banyak berkerja dengan  tugasan dari syarikat komersial dalam rekaan grafik dan laman web serta pengurusan acara.  Selain itu saya juga berkerja separuh-masa sebagai juruteknik komputer. Melalui pengalaman tersebut saya seronok berkerja dengan mereka namun saya mempunyai cita-cita yang jitu dalam keusahawanan.

Dalam tahun 2017 saya memulakan Decoweb Technology dan berhenti dari kerja sepenuh masa saya untuk menjadi pembangun web bebas sepenuh masa. Ini kerana saya sukakan kebebasan dan cabaran yang dibawa dalam menjadi pemilik perniagaan. Saya seronok dalam membina hubungan dengan pemilk perniagaan dan mereka yang berkerja bebas lain yang membangunkan pelbagai benda di internet dan berkongsi pengalaman.

Sejak 2011 saya telah fokus dalam pembangunan e-dagang (e-Commerce) melalui WooCommerce dan membina plugin untuk kegunaan WordPress. Sebelum itu saya membangunkan laman web dengan Joomla! dan Mambo.

Pada 2016 saya telah berkerja dengan Webstation Technology dalam pembangunan laman web WordPress dan sejak itu juga saya aktif berkomuniti dengan pengguna WordPress di Malaysia (khususnya melalui kumpulan FacebookKKWP)

Scroll to Top [ghostbirdwp-honeypot]